Saturday, May 30, 2009

keluarga kesayanganku



Dah lama tak kemaskini blog saya ni. Hari ini saya hendak menulis tentang keluarga yang amatku sayang. Bermula dengan teman hidupku sehati dan sejiwa, sekatil dan sebantal iaitu suami yang kucintai.
Namanya ialah Azhar bin Mohamad. Berasal dari Pontian , Johor. Bekerja sebagai seorang polis di Pelabuhan Melaka. Pelabuhan tempat orang-orang dari dalam dan luar negeri naik feri ke Dumai tu. Orangnya dulu masa 19 tahun lalu memang lah ganteng dan sekarang masih gantenglah pada pandangan mataku. Tidak banyak cakap tetapi amat teliti dan suka mengkritik kalau ada yang tidak kena pada matanya. Terima kasih saya ucapkan pada cik abang saya ni kerana telah berjaya mendidik saya dari seorang yang agak panas baran kepada wanita yang agak penyabar. Yalah dulu suka marah-marah , tapi sekarang saya lebih cool dan berfikir dahulu sebelum bertindak . Tengoklah gambar dia. Handsome kan.