Wednesday, February 25, 2009

Taklimat LDP untuk guru-guru

Hari ini saya diarahkan oleh Boss untuk menghadiri taklimat LDP. Rasa macam blur pula . Rasa-rasa macam berat juga tapi demi tugas saya akan laksanakan sebaik-baik mungkin. Esok pagi nak jumpa Pn. Pengetua dan meminta izin untuk memberi taklimat kepada para guru. Rupa-rupa nya Boss dah ditaklimatkan terlebih dahulu oleh pihak jabatan tetapi tak sempat agaknya untuk memberitahu kepada saya. takpelah esok saya tanyakan lah apa-apa hal yang saya kurang faham.LDP pertama ialah pada 14 Mac ini dan harap-harap tak adalah apa-apa masalah.

Monday, February 23, 2009

Sampai sahaja ke sekolah pagi tadi, saya dikejutkan dengan satu berita. Hj Md. Yamin Baba bekas pengetua saya telah kembali ke rahmatullah pada malam semalam. Pengetua baru mengajak kami, GPK1 dan GKMP Kemanusiaan melawat ke rumahnya. Oleh kerana lama tak pergi ke rumah allahyarham sesat barat juga kami jadinya. Walau bagaimanapun , akhirnya jumpa jugalah rumah tu. Terharu melihat isteri aruah yang begitu bersahaja menyambut kedatangan kami semua - orang-orang dari JPN pun ramai jugalah. Menurut si isteri , suaminya hanya mengalami sesak nafas dan kemudiannya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Al Fatihah semoga roh nya diletakkan bersama-sama mereka yang diredai . Amin.
Balik ke sekolah, siapkan sedikit bahan P & P , dan menyemak buku pelajar dan petangnya ke rumah sahabat yang tak habis-habis dirundung malang. Apa lagi jadi kaunselor tak bertauliahlah!Hampir 4.30petang baru balik.
Balik-balik tengok abng long makin melarat demam dan sakit tekak. Sebelum mandi , basuh beras dan tenggekkan atas api untuk buat bubur. Kakak pula dikerah supaya membasuh pinggan mangkuk. Hari ini mood dia baik. Suruh sahaja terus sahaja dikerjakan sampai siap. Alhamdulillah.

Sunday, February 22, 2009

Lama tak tengok blog. Susah betul streamyx . apa hal tak taulah. Tetiba hari ni dapat . seronok rasa. Boleh lah sambung cerita. Sekolah dapat pengetua baru. Perempuan. Ok lah tapi teramatlah teliti membuat kami juga kewalahan mengikut rentak dia. Tak pelah dua tiga hari ni ok lagi. Pengetua lama suruh cikgu2 GKMP dtg belajar-belajar tengok kerja kita orang. Oh sekarang barulah dia perasan kita orang ni bagus agaknya. Yelah manusia masa depan mata tak nampak elok tapi bila dah jauh barulah perasan kita orang ok. Agaknya lah tu.... Kawan-kawan pun bermacam ragam kisah. Ada yang sibuk dengan hal rumah tangga. Ada yang sibuk dengan jualan langsung dan macam2lah. Yang penting jangan lupakan core business di blk darjah. Anak2 didik semuanya perlukan perhatian.
Aku pun tak ketinggalan . Risaukan anak2 didik dan anak di rumah yang akan ambik SPM dan PMR. Semacam aje diaorang. tak kisah nak ulangkaji. Akulah yang beria-ia mengalahkan mereka yang nak periksa. macam tulah agaknya emak aku dulu. Walau bagaimanapun , aku doakan mereka dapat kejayaan yang cemerlang. Amin.