Tuesday, August 12, 2008

Yang pergi meninggalkan kami

Tanggal 11 Ogos jam 11 pagi aku menerima panggilan yang mengejutkan dari mak cik ku. Pak Busu telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Sungguhku tak menyangka. Ingatkan Mak Long atau Mak Jang. Tiba-tiba dia yang masih muda pulak yang pergi. Usia baru 49 tahun. Anak-anak masih bersekolah dan menuntut di IPT. Tapi itulah yang dikatakan Kada dan Qadar . Sebagai manusia kita mestilah reda dan tidak mempersoalkannya. Buat diriku rupa-rupanya lebih sedih mengenangkan yang tinggal daripada yang telah pergi. Arwah insya Allah diletakkan bersama-sama ruh orang yang bertakwa sebab kehidupun Busu memang begitu zuhud dan anak-anak dididik dengan penuh kecintaan kepada Allah swt. Tetapi yang ditinggal seorang di IPTA di Malaysia, seorang di Jordan, 3 orang lagi masing-masing di ting. 4 dan 1. Aduh , rasa nak meleleh lagi air mata ku bila ingat kan mereka. Tapi mama mereka, Mak Usu adalah insan yang ku lihat begitu tabah dan yakin dapat membela nasib amanah yang ditinggalkan oleh suaminya .
Kepada arwah ku kirimkan al-fatihah......dan semoga kuburannya diluaskan, diterangkan dan dijauhkan dari azab kubur hingga ke hari kiamat nanti.

bertandang ke rumah pengantin lelaki







Saturday, August 9, 2008


Gambar ni diambil sebelum majlis persandingan dilangsungkan. Gambar sanding tak ambik sebab masa tu sedang melayan puteriku yang sedang makan.

Ini puteri bongsuku . Posing depan pelamin.Tengok tu muka dia bukan main masam lagi. Apa taknya perut sedang lapar , belum makan tengah hari. Kesian dia.......

gambar pengantin


Inilah gambar pengantin sebelum majlis pernikahan dilangsungkan

Macam-macam kisah

Hidup di dunia memang banyak perkara yang berlaku , ada yang sedih dan ada pula yang menggembirakan. Ok , mula dengan yang menggembirakan lah ya.

Tanggal 8.8.2008 adik kami yang agak lama menanti jodohnya telah mendapat jodoh dengan sorang lelaki yang diharapkan dapat menjadi teman sepanjang hayat, sudah jenuh menunggu . kami doakan pelayaran hidupnya akan berpanjangan dunia dan akhirat dan dikurniakan putera dan puteri yang melengkapi hidup mereka berdua. InsyaAllah. Pada 8.8.2008 bernikah dan bersanding atas peterana pada 9.8.2008.

Majlis persandingan tadi siap berarak dengan diiringi oleh Puteri-puteri seramai 4 orang ,siap pencak silat dan letupan kertas berwarna-warni , macam bunga api lah tapi sebab buat waktu siang, jadi diletakkan kertas beranika warna. OK lah tu nampak meriah sangat. Cuma yang tak sedapnya rumah dia ni rumah teres, masa tu banyak angin, kertas-kertas tu berterbanganlah ke rumah jiran-jiran. Tak taule diorang suke ke tidak! Tapi rasa teruja lah . Lepas tu siap ada pantun-pantun pulak masa berjalan ke arah pelaminan. Maklumlah dia ni jurulatih pantun sekolah kami yang bakal jadi wakil peringkat kebangsaan. Masa dia sanding , aku dah tak tengok lah sebab memang tak berapa minat nak tengok orang sanding-sanding. Perut anak pun dah lapo, asyik le nak makan sebab belum makan tengahari, jadi layan lah dia makan.

Peristiwa sedihnya pulak, berlaku pada seorang adik kami jugak dan bertepatan pulak dengan masa pernikahan yang sorang tadi tu. Rumahnya telah mendapat kecelakaan di bahagian dapor. Tak taulah apa puncanya. Kebakaran melanda dan memusnahkan bahagian dapur itu. Habislah segala perkakas dapor macam dapur gas , peti sejuk , pinggan mangkuk dll. Menangis tak habis-habis kawan tu , sampai lah masa kami menjenguk dia tengah hari tadi. Apa yang kami boleh buat. Nasihatkan dia supaya jangan putus asa, kuatkan semangat dan bersyukurlah sebab dia sekeluarga tak apa-apa. Sebenarnya rumah tu, rumah aku dulu . Duduk hampir 10 tahun. Alhamdulillah masa aku duduk tak jadi apa-apa. Litar pintas agaknya . Aku memang fobia bab api ni sebab tahun lepas pun rumah aku macam tu juga. Peti karan bahagian depan tu terbakar , alamak habis hitam siling rumah masa tu. tension juga masa tu tiap kali masuk rumah tengok ruang tamu dengan siling yang hitam. Hari-hari merengek pada cik abang suruh cat. Isy...tu baru sikit. Kawan tu bukan main hangus lagi , tak ada apa yang tinggal , lagi lah tak tau nak kata.

Begitu lah asam garam hidup kita . Ada yang suka, ada yang duka . Macam mana pun hidup perlu diteruskan . tul tak?