Wednesday, September 12, 2012

Assalamualaikum,

Lama dah aku tak update blog aku ni.   Bukan sibuk sangat pun , saja.....malas.  Tapi di pagi yang hening ini , datang pulak mood he he he........   Lepas terbangun dari tidur jam 3.25 tadi, makan ubat batuk (sepatutnya lepas makan ubat batuk mata mengantuk) mataku dah tak mau lelap.  Agaknya sebab dah kena air dan terbatuk-batuk.

Penyakit athsma ku datang balik.  Untuk jangka masa 2 minggu, dua kali aku pergi ambil gas kat GH.  Serangan yang kedua paling 2 teruk, kena ambik gas 3x , siap doktor nak masukkan aku dalam wad.  Cepat2 aku cakap tak mau lah , anak saya eam UPSR, mana boleh ibu dia masuk wad,  hilang semangat dia nak exam nanti.

Sakit athsma ni memang akan jadi teruk, apa lagi dengan batuk-batuk yang berkahak tu.  Rasa nak belah ajer paru-paru tak keluarkan semua kahak(mucus) yang ada tu.

Aku rasa nak kena pergi KK Umbai , pagi ni, sebab macam ada sikit2 athsma ni.  Patutnya pergi esok, tak per lah aku pergi jer awal sehari.  Kalau biar lama2 takut melarat pulak.  Cuaca sekarang ni pun bukan main lagi ,  dengan hujan dan panas bersilih ganti sekejap-kejap membuatkan athsmaku datang dan pergi.

Cukup lah untuk kali ini.  Batuk pun dah datang bertalu-talu.....

Ni, aku nak tayang ubat yang aku dapat semalam,  ini usaha ajer,  Allah lah yang menyembuhkan.  Semoga Allah menyembuhkan penyakit ku ini.  Amin
Dalam botol tu ubat batuk, makan setiap 8 jam
Pil besar warna oren tu, antibiotik , makan 2 x sehari, mesti bagi habis
Pil putih tu pulak , ubat athsma namanya ialah deltasolone,  makan 6 biji sekali sehari