Saturday, August 9, 2008

Macam-macam kisah

Hidup di dunia memang banyak perkara yang berlaku , ada yang sedih dan ada pula yang menggembirakan. Ok , mula dengan yang menggembirakan lah ya.

Tanggal 8.8.2008 adik kami yang agak lama menanti jodohnya telah mendapat jodoh dengan sorang lelaki yang diharapkan dapat menjadi teman sepanjang hayat, sudah jenuh menunggu . kami doakan pelayaran hidupnya akan berpanjangan dunia dan akhirat dan dikurniakan putera dan puteri yang melengkapi hidup mereka berdua. InsyaAllah. Pada 8.8.2008 bernikah dan bersanding atas peterana pada 9.8.2008.

Majlis persandingan tadi siap berarak dengan diiringi oleh Puteri-puteri seramai 4 orang ,siap pencak silat dan letupan kertas berwarna-warni , macam bunga api lah tapi sebab buat waktu siang, jadi diletakkan kertas beranika warna. OK lah tu nampak meriah sangat. Cuma yang tak sedapnya rumah dia ni rumah teres, masa tu banyak angin, kertas-kertas tu berterbanganlah ke rumah jiran-jiran. Tak taule diorang suke ke tidak! Tapi rasa teruja lah . Lepas tu siap ada pantun-pantun pulak masa berjalan ke arah pelaminan. Maklumlah dia ni jurulatih pantun sekolah kami yang bakal jadi wakil peringkat kebangsaan. Masa dia sanding , aku dah tak tengok lah sebab memang tak berapa minat nak tengok orang sanding-sanding. Perut anak pun dah lapo, asyik le nak makan sebab belum makan tengahari, jadi layan lah dia makan.

Peristiwa sedihnya pulak, berlaku pada seorang adik kami jugak dan bertepatan pulak dengan masa pernikahan yang sorang tadi tu. Rumahnya telah mendapat kecelakaan di bahagian dapor. Tak taulah apa puncanya. Kebakaran melanda dan memusnahkan bahagian dapur itu. Habislah segala perkakas dapor macam dapur gas , peti sejuk , pinggan mangkuk dll. Menangis tak habis-habis kawan tu , sampai lah masa kami menjenguk dia tengah hari tadi. Apa yang kami boleh buat. Nasihatkan dia supaya jangan putus asa, kuatkan semangat dan bersyukurlah sebab dia sekeluarga tak apa-apa. Sebenarnya rumah tu, rumah aku dulu . Duduk hampir 10 tahun. Alhamdulillah masa aku duduk tak jadi apa-apa. Litar pintas agaknya . Aku memang fobia bab api ni sebab tahun lepas pun rumah aku macam tu juga. Peti karan bahagian depan tu terbakar , alamak habis hitam siling rumah masa tu. tension juga masa tu tiap kali masuk rumah tengok ruang tamu dengan siling yang hitam. Hari-hari merengek pada cik abang suruh cat. Isy...tu baru sikit. Kawan tu bukan main hangus lagi , tak ada apa yang tinggal , lagi lah tak tau nak kata.

Begitu lah asam garam hidup kita . Ada yang suka, ada yang duka . Macam mana pun hidup perlu diteruskan . tul tak?

No comments: