playlist

Monday, February 23, 2009

Sampai sahaja ke sekolah pagi tadi, saya dikejutkan dengan satu berita. Hj Md. Yamin Baba bekas pengetua saya telah kembali ke rahmatullah pada malam semalam. Pengetua baru mengajak kami, GPK1 dan GKMP Kemanusiaan melawat ke rumahnya. Oleh kerana lama tak pergi ke rumah allahyarham sesat barat juga kami jadinya. Walau bagaimanapun , akhirnya jumpa jugalah rumah tu. Terharu melihat isteri aruah yang begitu bersahaja menyambut kedatangan kami semua - orang-orang dari JPN pun ramai jugalah. Menurut si isteri , suaminya hanya mengalami sesak nafas dan kemudiannya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Al Fatihah semoga roh nya diletakkan bersama-sama mereka yang diredai . Amin.
Balik ke sekolah, siapkan sedikit bahan P & P , dan menyemak buku pelajar dan petangnya ke rumah sahabat yang tak habis-habis dirundung malang. Apa lagi jadi kaunselor tak bertauliahlah!Hampir 4.30petang baru balik.
Balik-balik tengok abng long makin melarat demam dan sakit tekak. Sebelum mandi , basuh beras dan tenggekkan atas api untuk buat bubur. Kakak pula dikerah supaya membasuh pinggan mangkuk. Hari ini mood dia baik. Suruh sahaja terus sahaja dikerjakan sampai siap. Alhamdulillah.

No comments: